HAKIKAT SEBENAR KEHIDUPAN PASANGAN SUAMI ISTERI SEBELUM DAN SELEPAS
*Comel kan kalau ada family berlandaskan agama mcm ni. Sojuk porut ibu mengandung :p
Mood sekarang ni tengah menggedik-gedik pasal perkahwinan, percintaan, dan segala bagai mengenai fasa yang baru. Sibuk-sibuk cari blog offer majlis persiapan perkahwinan, mana-mana butik pengantin dan segala yang berkaitan. And then tetiba terjumpa satu artikel mengenai hakikat sebenar keadaan rumahtangga sebelum dan selepas bernikah. So, jangan ingat benda senang pernikahan ni. Banyak perkara perlu diambil kira. Jangan fikir yang best-best jek. Meh aku tunjukkan apa yang tak bestnyaa :D
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si
gadis, tetapi meminta kepada ALLAH SWT melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan ALLAH SWT.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk
mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan
meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a
mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang
anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak
melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA KEADAAN RUMAH TANGGA MULA GOYANG..
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya
justeru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMPUNYAI ANAK...
Cintailah isteri atau suami anda 100%.
9. KETIKA TELAH MEMPUNYAI ANAK...
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan
anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak
anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MEROSOT...
Yakinlah bahawa pintu rezeki ALLAH SWT akan terbuka
lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG...
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia
mendampingi kita semasa menderita.
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI...
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan
lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan
pertolongan anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI...
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut,
tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAK...
Jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik
adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik
adalah orang tua yang jujur kepada anak ....
15.KETIKA ANAK BERMASALAH...
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang
tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak
didengar oleh orang tuanya.
16.KETIKA SAKIT...
Jangan diminum & dimakan ubat, cukuplah suami,
isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGINKAN KEAMANAN DAN HARMONIS
SENTIASA...
Gunakanlah Formula 7K
1.Ketaqwaan kepada Allah SWT
2.Kasih-sayang
3.Kesetiaan
4.Komunikasi
5.Keterbukaan
6.Kejujuran
7.kesabaran
1.Ketaqwaan kepada Allah SWT
2.Kasih-sayang
3.Kesetiaan
4.Komunikasi
5.Keterbukaan
6.Kejujuran
7.kesabaran
Ini ada disertakan doa bagi keluarga bahagia. Amalkan selalu ye. Inshaallah.
Nota kaki: bersediakah awak untuk menanggung dosa saya? (seram tak ayat ni? mihmihh :p)


No comments:
Post a Comment