cari di sini

17 June 2013

TIPS SETTLEKAN HUTANG KAD KREDIT

TIPS SETTLEKAN HUTANG KAD KREDIT.
Assalamualaikum peeps, hewhew!
Seriously this time I update blog ni dengan rasa penuh kengantukan berpunca dari nasi lemak + ayam masak merah dan air asam jawa (still cough and sore throat). Tapi it is ok sbb I suka mengupdate so I akan update laa even tak bape sihat pun.
Nak tanye sikit korang suka tak shopping? Mesti suka kan lagi2 if tgk butik Guess, Gucci, Roxy, Timberland and etc. Kalau nak cite pasal brand kang bermuka-muka surat brand je pulak kan? Mihmihh! 
Biasanya korang gi shopping bawak cash atau kredit kad je? Surely ramai yg suke cashless skg sbb risiko kena ragut, kena rompak, samun atau tertinggal wallet tu tak berapa tinggi bila tak bawak cash yg banyak kan? Memang tak salah pun nak guna kredit kad but the thing is u guys kena pandai guna kemudahan yg disediakan.

As a customer service for a credit card institution for about 1 year, I had a lot of experience mainly yg melibatkan org2 muda mcm kita. Hahaha! (muda ke uolls). Tak kisah lah muda ke tua. Normally yg berumur dari 21-30+ mcm tu. Dan yg paling menyedihkan diantara golongan yg paling banyak berhutang kerana kredit kad adalah bangsa kita sendiri. Ye korang bangsa MELAYU. Kesian kann kat orang2 melayu kita ni. Tgk anak cina pergi main judi pakai kredit kad, yang melayu pun sama sibuk nak. Tgk anak india pergi bercuti bawak gadis masuk club, yg melayu pun sibuk swap kredit kad pergi club. Hmm, lepas tu? Bila kepala dah normal baru lah nak menyesal la, nak bertaubat lah, nak bayar balik hutang la.
Bukan nak cakap takde bangsa lain bermasalah dr segi kredit kad ni. Ade jugak bangsa lain tapi peratusan tak tinggi macam bangsa melayu. Ni semua sbb apa? Sbb melayu ni tak berpijak pada bumi yg nyata. Suka berbelanja lebih dari kemampuan. Kenapa tak ikut pepatah ukur baju dibadan sendiri. Kenapa nak kena nampak bergaya tapi sebenarnya papa kedana? Seriously, I sebagai customer service pun kadang2 malas nak layan bila tgk customer melayu dtg merayu2 sbb kredit kad dah kena blok, limit dah over, kena byr interest beratus2 sebulan. Yg paling sadis bila tak mampu nak byr semua outstanding and terpaksa cancel kad. Dalam pada tu surat saman pun dah keluar, kena bayar upah peguam lagi dan paling penting BLACKLISTED. AUMM! SERAM KANNNN!
*serabut dengan mslh kad kredit? nanti duluuu :)


Sebenarnya ramai yg tak faham prosedur pengiraan interest dan late payment tu. Ni depends on bank pengeluar kredit kad uolls jugak. Sbb lain bank, lain caj interest dorang. I bagi contoh kat sini. Let say limit uolls RM5000. Then untuk bulan tu uolls dah swap RM1500. So, bila sampai statement jumlah dia mestilah RM1500 ( apa yg korang swap tu kan). Tapi tak semua org mampu bayar jumlah tu sedangkan korang wajib bayar berapa jumlah yg tertera pada statement tu. So, bila dah rasa tak mampu (sdgkan masa swap tu seronok gila muka senyum je kan) , mulalah nak bayar minimum payment je. Okay minimum tu korang boleh bayar. Tak ada masalah untuk mengelakkan korang kene late payment. So, maksudnya bayar jumlah minimum tu sebelum due date untuk mengelakkan LATE PAYMENT sahaja. Manakala INTEREST still akan berjalan lenggang kangkung smpai uolls setel semua jumlah yg uolls hutang tu. Meaning setiap bulan akan bertambah lah interest tu smpai korang tak mampu bayar sbb
korang xpakai kan amount interest tu. Interest kalau murah takpe uolls, ni kalau smpai seratus lebih baik bawak family lain g makan steamboat. Lagi puas hati kan. Haa. Fikirlah sendiri.
Kalau korang antara yg ada masalah dengan kredit kad korang, I ada beberapa cadangan yg korang boleh follow untuk kurangkan bebanan hutang kredit kad uolls tu. Sebab cara ni ramai yg taktahu then buat bodoh sampai blacklisted. Lepas tu baru nak terkedek2 call sana sini cari solution kan. Step dia mcm ni: *PLEASE JGN REFER TO AKPK FOR AMOUNT YG KECIK. SBB AFTER UOLLS SETEL SEMUA HUTANG, NANTI IN FUTURE SGT SUSAH NAK BUAT LOAN IF BANK TGK UOLS ADE REKOD AKPK.
1) Tgk berapa jumlah uolls hutang untuk setiap kad kredit tu.
2) Terus call customer service bank pengeluar kredit kad tu (mintak sambungkan pada department kad kredit dorang)
3) Setiap akaun kad kredit customer akan ade seorang officer yg in charge, so kalau boleh cuba sedaya upaya untuk berbincang dengan officer tersebut. (lagi senang nak deal)
4) Berbincang dengan cara paling berhemah kerana officer tu pun manusia, kdg2 dorang pun ada masalah dorang gak. So, tanya dia berap aactually amount outstanding uolls hutang (yg up to date)
5)Mintak dorang block kad tu sementara uolls habis buat bayaran hutang tu. Then bagitahu dorang uolls nak bayar berapa per month.
6) Let say uolls nak bayar RM200 sebulan selama 2 tahun tapi uolls tak mampu nak bayar 200 sebulan. (maybe terlalu tinggi) , mintak officer tu kurangkan sikit. Dorang tu boleh negotiate. As long as uoll jangan la kurang ajar dgn they all. BUAT LAH SUARA MANJA2 SIKIT. HAHA!
7) Bagilah alasan yg munasabah sikit mcm kena jaga mak sakit ke, anak2 masih sekolah ke atau parents dah tua ke. Jangan lah dok bagi alasan ohh, tak boleh la cik sbb skg ni saya tgh saving sebulan M400 sebab nak pergi bercuti ke Disneyland dengan awek saya, mmg kena maki lah dgn dorang kan. Use your brain, not your knee. Hahaha. (hati mcm menyirap sket sbb tgh terbayang customer yg bg alasan bodoh2)
8) Dah setel semua if dah ade persetujuan bayaran berapa sebulan selama berapa bulan, kalau boleh mintak officer tu email atau fax kan surat persetujuan. Supaya if anything happen uolls ade blac and white kan. #Harus diingatkan sekiranya korang buat bayaran bulanan ni korang akan still dikenakan interest. ( sebab interest tu lah duet gaji kami) . HAHAHAH!
9) Lastly, dah puas hati dgn semua urusan bolehlah roger2 cik iyda untuk lepak minum. Penat bagi tricks ni nak setelkan hutang uolls. Hewheww.
#Pesanan terakhir saya kalau tak mampu berlouis vuitton bagai, sudilah kiranya pakai yg ciplak jekk. Buat apa menanggung hutang smpai ke mati, tu pun kalau sebelum mati boleh setel tak ape. If not, pihak bank akan still cari ahli keluarga kita untuk setelkan hutang tu okay. Tak kesian ke kita dah mati takyah fikir pape, anak bini laki kita pulak dok tanggung hutang kita naa. Tak patotttt :p
Sekian sahaja bebelan hari ini. Leave your comment if any. Thank you ;)