cari di sini

23 September 2013

MANA MENGHILANG ?

Hahaii, assalamualaikum..





Lama menghilang kan? Saja je membusykan diri dengan perkara sepatutnya even sepatutnya 

tak patut pun.Tapi ada jek melalak kat muka buku dengan insetageram kita. Tgk retis2 ni

bisnes and cerita pasal diri sendiri. Kita pun fefeeling retis laa kan. Weeee!



Diam tak diam dah nak sampai penghujung bulan September kan. Tak lama lagi 

Oktober, November, Disember. Lepas tu tadaaaaa welcome 2014. Yahoo ! Nak pergi mana 

New Year ni ekk. New York macam seronok. Tapi kena pergi tahun 2020 lah. MihMihh :p




Nothing much to say actually. Saja lah menghapdate belog yg sekian kusam ni. Nanti nak tukar 

warna menarik sebab saya dah tukar warna faveret kita. Sekarang i am a turquoise's lover. 

Anyone yg sama minat dgn i? HAHA :D (apesal mood gedik gila arini)




Hokayy, itu sahaja untuk petang yg syahdu ini. Selamat memfollow insetageram kita 

iydaouhlalaa. Ramai org panggil kita lala. Sukati lah mak jemah nak panggil hape pung. I 

hokayy saja. Babaii :* 

26 August 2013

Bersediakah Awakk?

HAKIKAT SEBENAR KEHIDUPAN PASANGAN SUAMI ISTERI SEBELUM DAN SELEPAS

*Comel kan kalau ada family berlandaskan agama mcm ni. Sojuk porut ibu mengandung :p

Mood sekarang ni tengah menggedik-gedik pasal perkahwinan, percintaan, dan segala bagai mengenai fasa yang baru. Sibuk-sibuk cari blog offer majlis persiapan perkahwinan, mana-mana butik pengantin dan segala yang berkaitan. And then tetiba terjumpa satu artikel mengenai hakikat sebenar keadaan rumahtangga sebelum dan selepas bernikah. So, jangan ingat benda senang pernikahan ni. Banyak perkara perlu diambil kira. Jangan fikir yang best-best jek. Meh aku tunjukkan apa yang tak bestnyaa :D

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada ALLAH SWT melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan ALLAH SWT.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA KEADAAN RUMAH TANGGA MULA GOYANG..
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMPUNYAI ANAK...
Cintailah isteri atau suami anda 100%.

9. KETIKA TELAH MEMPUNYAI ANAK...
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MEROSOT...
Yakinlah bahawa pintu rezeki ALLAH SWT akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG...
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI...
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI...
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK...
Jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH...
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA SAKIT...
Jangan diminum & dimakan ubat, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGINKAN KEAMANAN DAN HARMONIS SENTIASA...


Gunakanlah Formula 7K

1.Ketaqwaan kepada Allah SWT 
2.Kasih-sayang
3.Kesetiaan
4.Komunikasi
5.Keterbukaan
6.Kejujuran
7.kesabaran


Ini ada disertakan doa bagi keluarga bahagia. Amalkan selalu ye. Inshaallah.

Nota kaki: bersediakah awak untuk menanggung dosa saya? (seram tak ayat ni? mihmihh :p)


17 June 2013

TIPS SETTLEKAN HUTANG KAD KREDIT

TIPS SETTLEKAN HUTANG KAD KREDIT.
Assalamualaikum peeps, hewhew!
Seriously this time I update blog ni dengan rasa penuh kengantukan berpunca dari nasi lemak + ayam masak merah dan air asam jawa (still cough and sore throat). Tapi it is ok sbb I suka mengupdate so I akan update laa even tak bape sihat pun.
Nak tanye sikit korang suka tak shopping? Mesti suka kan lagi2 if tgk butik Guess, Gucci, Roxy, Timberland and etc. Kalau nak cite pasal brand kang bermuka-muka surat brand je pulak kan? Mihmihh! 
Biasanya korang gi shopping bawak cash atau kredit kad je? Surely ramai yg suke cashless skg sbb risiko kena ragut, kena rompak, samun atau tertinggal wallet tu tak berapa tinggi bila tak bawak cash yg banyak kan? Memang tak salah pun nak guna kredit kad but the thing is u guys kena pandai guna kemudahan yg disediakan.

As a customer service for a credit card institution for about 1 year, I had a lot of experience mainly yg melibatkan org2 muda mcm kita. Hahaha! (muda ke uolls). Tak kisah lah muda ke tua. Normally yg berumur dari 21-30+ mcm tu. Dan yg paling menyedihkan diantara golongan yg paling banyak berhutang kerana kredit kad adalah bangsa kita sendiri. Ye korang bangsa MELAYU. Kesian kann kat orang2 melayu kita ni. Tgk anak cina pergi main judi pakai kredit kad, yang melayu pun sama sibuk nak. Tgk anak india pergi bercuti bawak gadis masuk club, yg melayu pun sibuk swap kredit kad pergi club. Hmm, lepas tu? Bila kepala dah normal baru lah nak menyesal la, nak bertaubat lah, nak bayar balik hutang la.
Bukan nak cakap takde bangsa lain bermasalah dr segi kredit kad ni. Ade jugak bangsa lain tapi peratusan tak tinggi macam bangsa melayu. Ni semua sbb apa? Sbb melayu ni tak berpijak pada bumi yg nyata. Suka berbelanja lebih dari kemampuan. Kenapa tak ikut pepatah ukur baju dibadan sendiri. Kenapa nak kena nampak bergaya tapi sebenarnya papa kedana? Seriously, I sebagai customer service pun kadang2 malas nak layan bila tgk customer melayu dtg merayu2 sbb kredit kad dah kena blok, limit dah over, kena byr interest beratus2 sebulan. Yg paling sadis bila tak mampu nak byr semua outstanding and terpaksa cancel kad. Dalam pada tu surat saman pun dah keluar, kena bayar upah peguam lagi dan paling penting BLACKLISTED. AUMM! SERAM KANNNN!
*serabut dengan mslh kad kredit? nanti duluuu :)


Sebenarnya ramai yg tak faham prosedur pengiraan interest dan late payment tu. Ni depends on bank pengeluar kredit kad uolls jugak. Sbb lain bank, lain caj interest dorang. I bagi contoh kat sini. Let say limit uolls RM5000. Then untuk bulan tu uolls dah swap RM1500. So, bila sampai statement jumlah dia mestilah RM1500 ( apa yg korang swap tu kan). Tapi tak semua org mampu bayar jumlah tu sedangkan korang wajib bayar berapa jumlah yg tertera pada statement tu. So, bila dah rasa tak mampu (sdgkan masa swap tu seronok gila muka senyum je kan) , mulalah nak bayar minimum payment je. Okay minimum tu korang boleh bayar. Tak ada masalah untuk mengelakkan korang kene late payment. So, maksudnya bayar jumlah minimum tu sebelum due date untuk mengelakkan LATE PAYMENT sahaja. Manakala INTEREST still akan berjalan lenggang kangkung smpai uolls setel semua jumlah yg uolls hutang tu. Meaning setiap bulan akan bertambah lah interest tu smpai korang tak mampu bayar sbb
korang xpakai kan amount interest tu. Interest kalau murah takpe uolls, ni kalau smpai seratus lebih baik bawak family lain g makan steamboat. Lagi puas hati kan. Haa. Fikirlah sendiri.
Kalau korang antara yg ada masalah dengan kredit kad korang, I ada beberapa cadangan yg korang boleh follow untuk kurangkan bebanan hutang kredit kad uolls tu. Sebab cara ni ramai yg taktahu then buat bodoh sampai blacklisted. Lepas tu baru nak terkedek2 call sana sini cari solution kan. Step dia mcm ni: *PLEASE JGN REFER TO AKPK FOR AMOUNT YG KECIK. SBB AFTER UOLLS SETEL SEMUA HUTANG, NANTI IN FUTURE SGT SUSAH NAK BUAT LOAN IF BANK TGK UOLS ADE REKOD AKPK.
1) Tgk berapa jumlah uolls hutang untuk setiap kad kredit tu.
2) Terus call customer service bank pengeluar kredit kad tu (mintak sambungkan pada department kad kredit dorang)
3) Setiap akaun kad kredit customer akan ade seorang officer yg in charge, so kalau boleh cuba sedaya upaya untuk berbincang dengan officer tersebut. (lagi senang nak deal)
4) Berbincang dengan cara paling berhemah kerana officer tu pun manusia, kdg2 dorang pun ada masalah dorang gak. So, tanya dia berap aactually amount outstanding uolls hutang (yg up to date)
5)Mintak dorang block kad tu sementara uolls habis buat bayaran hutang tu. Then bagitahu dorang uolls nak bayar berapa per month.
6) Let say uolls nak bayar RM200 sebulan selama 2 tahun tapi uolls tak mampu nak bayar 200 sebulan. (maybe terlalu tinggi) , mintak officer tu kurangkan sikit. Dorang tu boleh negotiate. As long as uoll jangan la kurang ajar dgn they all. BUAT LAH SUARA MANJA2 SIKIT. HAHA!
7) Bagilah alasan yg munasabah sikit mcm kena jaga mak sakit ke, anak2 masih sekolah ke atau parents dah tua ke. Jangan lah dok bagi alasan ohh, tak boleh la cik sbb skg ni saya tgh saving sebulan M400 sebab nak pergi bercuti ke Disneyland dengan awek saya, mmg kena maki lah dgn dorang kan. Use your brain, not your knee. Hahaha. (hati mcm menyirap sket sbb tgh terbayang customer yg bg alasan bodoh2)
8) Dah setel semua if dah ade persetujuan bayaran berapa sebulan selama berapa bulan, kalau boleh mintak officer tu email atau fax kan surat persetujuan. Supaya if anything happen uolls ade blac and white kan. #Harus diingatkan sekiranya korang buat bayaran bulanan ni korang akan still dikenakan interest. ( sebab interest tu lah duet gaji kami) . HAHAHAH!
9) Lastly, dah puas hati dgn semua urusan bolehlah roger2 cik iyda untuk lepak minum. Penat bagi tricks ni nak setelkan hutang uolls. Hewheww.
#Pesanan terakhir saya kalau tak mampu berlouis vuitton bagai, sudilah kiranya pakai yg ciplak jekk. Buat apa menanggung hutang smpai ke mati, tu pun kalau sebelum mati boleh setel tak ape. If not, pihak bank akan still cari ahli keluarga kita untuk setelkan hutang tu okay. Tak kesian ke kita dah mati takyah fikir pape, anak bini laki kita pulak dok tanggung hutang kita naa. Tak patotttt :p
Sekian sahaja bebelan hari ini. Leave your comment if any. Thank you ;)
                             



3 June 2013

WANITA , PEREMPUAN DAN ....

Assalamualaikum dan salam sejahtera, (mihmihh..mcm cikgu sekolah tak?)

Lama kan Kak Ton tak update blog yang serabai sememeh ni. HAHAHA!

Rasa2 uolls la kan pasal tajuk blog hari ni berkaitan dengan ape? Hm, kenapa I sibuk sgt nak concern psl keselamatan gadis2 kat luar sana, bukan adik beradik I ataupun ahli keluarga I kan. Tapi uolls, I tak sekejam tu. I ni perempuan and I tau betapa pentingnya keselamatan dan maruah diri kita ni. (yg lelaki tayah sibuk laa nak tau ekk :P)

I tak pasti sama ada u guys pernah LIKE mana2 page kat facebook yang berkaitan dengan awek2 melayu kat dalam negara kita ni. Maksud I gambar yang sopan atau tak sopan. Bukan dorang kisah. Mcm I banyak gak LIKE page2 mcm tu bukan sebab ape. Just because of kita worried mana tau satu hari nanti muka kita, pic kita, koleksi gambar2 kita pulak yg dorang copy and letak dlm page dorang tu. Malu beb.

I tak nak copy nama2 page yg I maksudkan tu sebab atas faktor2 keselamatan I jugak. Jap g muka aku lak dorang photoshopkan and lelong kat page dorang tu. (pandai2 la korang cari page tu). Ade banyak je page mcm tu. Kalau korang LIKE je, admin page tu akan usha pics2 korang and yg mana muka stok2 Juliana Evans ke Siti Saleha ke, lagi2 Diana Danielle kompem admin dorang  curik and promote kat page tu. Yang tak boleh blah skali kat description page tu siap tulis “kalau gambar korang kena curik dengan kami anggap itu satu penghargaan untuk anda”.  (Kepala bana dia penghargaan. Tu memalukan oke.)

*copy paste just google jek*

Tapi yg I lagi bertambah pelik, ramai je gadis2 yang pic dorang dlm tu jadi suka dan bangga bila byk like and komen kat pic dorang tu. Aku taktahu la kalau korang suka ke if mcm tu. Konon2 nak glemer lebih. Bajet boleh jadi artis duduk sebelah Farid Kamil ke? Mmg tak dinafikan muka korang tu mmg lawa, comel belaka. Tp malu la weh muka masuk page mcm tu. Nama page pulak kalau elok takpe. Ni nama page Koleksi Awek Melayu untuk Buat B****ng Anda S**m. (nama page ni tak tepat sbb aku pun xingat sgt)  Wohooo! Best ke uolls masuk dlm page cmtu. Taktau la kalau uolls suka dijadikan modal untuk kaum adam. Bhahaha!(AKU MMG TAKSUKA!)

Last week if I’m not mistaken, my friend told me ade sorang remaja perempuan ni bunuh diri sebab pic dia masuk dlm page group2 yg mcm ni jugak lah. (I tak pasti kebenarannya), tapi kalau betul mmg kesian la. Maybe dia malu dengan kwn2 and family dia kot. Ataupun org assume dia tu perempuan takde maruah ke, perangai teruk ke. NAUZUBILLAH. Mintak dijauhkan dari terjadi keatas diri kita atau ahli keluarga kita yg lain.

Maybe atas apa yg I tulis kat blog I ni, ada yang berbunyi tak puas hati ke atau tak senang hati. I tak kisah sbb pada I, I menulis bukan sbb I pentingkan diri sendiri. Tapi I care for every woman. Sape yg nak amik iktibar, boleh la baca. Sape yang taknak I tak kisah sbb kalau jadi pape kat diri u guys pun I tak kenal kan. Dalam page tu kalau uolls tgk bukan pic yg tak senonoh je ade. Pic yg bertudung litup, pakai baju pengantin, baju nikah, baju kurung, jubah pun ade. Aslkan muka mmg stok baek punya. (Bak kata Nabil Raja Lawak) mihmihh :P


Lastly, apa yang I membebel ni terpulang kat korang nak amik iktibar atau tak. i care sgt sebab i kesian. bila tengok berita gadis kena rogol, kena bunuh, sumbat kat tangki air lah. Nauzubillah. Aku mmg tak sanggup. so korang ada akal korang fikirlah. Glamour tu tak penting pun. 

so, kalau ada yang buruk mmg datangnya dari I sendiri. Yang baik dtg dari Allah SWT. Mohon tinggalkan komen kalau ada. WASSALAM.

*aku siap attached kan lagi print screen yg aku curik gak kat google utk korang percaya jugak. PAKSAAN UNTUK PERCAYA TAU :)

18 February 2013

KURANG AJAR ATAU TAK CUKUP DIAJAR?


*This is just my personal review on a mobile shop located at Kajang town. MOBILE KINGDOMZ. NO HARM OR MEAN TO CONDEMN ANY PARTIES.SERIOUSLY BUKAN NAK BAGI BAD REVIEW ON THIS SHOP BUT U GUYS DESERVES. 


Last week before Chinese New Year tu I pergi one mobile shop ni lah. Dengan harapan nak trade in my old Blackberry (Curve model tak ingat lah) then nak angkat satu bb baru. Lepas discuss punya discuss dgn otai2 bb ni, dorang suggest suruh amik Bold 2. Memandangkan bajet pun bukan lah beribu *(kalau beribu I amek BB 10 jek.) haha!

Ni lah bangunan Mobile Kingdom tu*

So, I pun confident lah nak amik Bold 2, pakai sekali rebate government yg RM200 untuk smartphone tu. Plus trade in dgn my old bb, I kena byr certain amount and they give me warranty for 1 year. Then okay lah I pun happy gila sbb dpt handset baru and cik tunang pun mcm happy sebab kesiankan I pakai bb lama yg sgt uzur dan tak terdaya tu.

Surprisingly, on next week tu tak smpai seminggu from the date I purchase Bold tu buat hal. Mmg aku pun panas lah hati kan. Baru nak explore tetiba rosak and tak boleh on langsung. Sudahnya aku tak tido the whole night tu sbb alarm takde. So, dr aku terlajak tido aku berjaga jelah dgn hati yg panas.
Then esok pagi tu aku g ofis bwk sekali kotak bb tu gi la kedai yg sederet jek dgn ofis. *dlm hati nak hempuk jek kotak bb atas kepala cina tu. Tapi takpe kita psycho dulu kepala otak dia. So, aku pulang balik Bold tu and cina chubby tu said they will claim the warranty and hantar balik kilang. (konon2 jek kot). 

Before tu dia nak swap la Bold aku tu dgn Storm. Aku dah ckp aku taknak pakai touch screen sbb dah mls. Before this pakai Samsung. So dah seronok pulak pakai keypad. Tp aku still boleh consider if Storm tu mmg baru and okay, why not aku swap jek kan. Rupa-rupanya dia kencing aku lagi ckp Storm tu baru. Bila aku godek2, sensitivity touch screen dia tak mcm h/p baru and ade profile BBM dlm tu. So, that’s mean Storm tu dah pernah org guna and itu profile BBM owner lama. KEPALA HOTAK ATOK dia still nak kencing org. So, aku ckp taknak and biar depa claim warranty jek Bold tu.   

Then lepas about 5 days, aku g balik kedai tu and nak tanya progree my lovely bold tu. Tp cina chubby tu takde. Aku suruh lah colleague dia kat situ tu call dia. Sbb dia yg deal dgn aku kan. But before tu aku dah habis maki cina yg ada kat kedai tu. Then dia call cina chubby tu aku pun on the phone lah dgn dia. And this is our conversation:

Me: Eh, ape cerita I punya Bold?

Him: Ouh, itu eh? Sudah hantar kilang woo. Claim warranty.

Me: I mau tahu bila boleh siap sbb u ckp taktahu2. Sampai bila mau tunggu?

Him: Ya lah, minggu lepas cuti raya cina maa. Ini hari baru bukak.

Me:  U jgn tipu customer woo, I treat tu mcm kwn, boleh joke dgn I tapi u still mau tipu kaa?
         I angkat itu telefon, I bayar tau. Bukan I hutang! U sudah 2 kali mau tipu I tp tak dpt.

*Hati dah panas, ckp last week dah hantar. Ni baru bukak pulak.

Him: Eh, sekarang I dekat hospital ley, saya punya mak sakit. U mau pergi report, u report lah.
*he just hang up. STUPID!

Dengan hati yg meluap2 mcm coklat diboil, aku call lah cik tunang. Tanya idea dia mcm mana. Dia apa lagi mmg jawapan yg constant, u tunggu situ jap, I dtg. So, aku dah tahu kalau dia dtg mmg dia hamuk jek then aku ckp takpe2. I settle kan dulu if ada apa2 I akan call u back.
So, cina yg ada kat kedai tu mcm cuak bila dgr report2 polis ni (padahal staff dia yg start suruh buat report). Then dia ckp sorry aa miss, esok u dtg face to face sama itu gemok. Lagi senang. So, aku pun balik ofis.

After lunch tu aku google nama kedai dia then ade blog lagi uolls. Yg tak boleh blah sekali ada satu statement: 
THE PHONE ALL NEW SET
*IF GOT ANY PROBLEM WITHIN 1 WEEK JUST CHANGE A NEW SET FOR U.. (IN NEW CONDITION)

WTF! Cakap tak serupa bikin. Then aku call lah Mr Ken dlm blog tu nak complaint and he knows about this matter. So, dia janji akan ganti Bold aku dgn Bold yg baru dlm this week juga. So, aku akan tunggu dlm this week and if takde aku akan bg last warning before make a police report. Aku dah malas nak bagi muka org pijak kepala sambil kencing berdiri. Banyak cantik!

This is the blog link. If korang nak beli pape kat kedai ni just be very careful.




10 January 2013

WHITE AND PINK


Hai uolls, haha nak ber uolls bagai pulak pagi2 ni. Yeah bored and sleepy. Sebab last night balik lambat sikit pasal pergi Bangi then moto si dia pulak cable clutch putus. So have to wait for his friends brader Ayun and Fahmi repair everything then we go back. Haha melalut kan. Hmm, since bertunang hari tu takde pun upload pictures even in Facebook or this blog. Sebabnya?

1) takde orang pun nak sedekahkan gambar2 ihsan masa majlis.

2) handphone kita murah je then pictures pun kinda bit mcm sengal2 gitew.

3) trusty people kedekut nak share those pics so, berharap jela sampai la ni. Haha!

#NUR FARRAHIN MOIDU, NUR FAIZAH MOIDU, ZULKARNAIN ABD RAHMAN, NOOR FARHANA IBRAHIM
(inilah dia those peoples yg dimaksudkan. Haha! Sorry guys)

So, after settled down the engagement parts, of course lah nak masuk ke alam yg lagi happening. Which is WEDDING. Haha! Excited ke? Taktahu nak cakap sbb mcm2 perasaan  ade. Takut is the most feeling sbb tanggungjawab after kahwin tu rasanya lagi berat kot. Sekarang ni tengah dok usha2 some blogs yg offer any idea utk majlis nanti. 

The first choice is Izan Yacob punya butik coz mummy suggest untuk my sis wed last June. Mmg sangat okay since abg izan pun sporting, all the pelamin, make-up and the deco wa so beautiful. But please I tak mention pun yg pengantin tu sooooooo beautiful. Haha! (sorry Farah and Bharkath) kahkahkah!

Then after I pilih punya pilih, I think this will look nice and our theme color might be light pink. Tapi untuk majlis pernikahan tu of course I pilih putih lah kan. Baru suci sikit. Hahaha! So, I decided to sewa the mini pelamin for the nikah ceremony ( Shaminy yg bg ayat ni) nanti. 

See this :)




So, this the choices yg I rasa sesuai for the majlis nikah nanti.
#pictures copy and paste. Sorry guys.





So, after this I akan continue with the majlis punya theme and baju yg I rasa okay for my wedding. Thank guys for reading. Nama pun Repekan kan? So have to merepek lah. Haha! Chow. Assalamualaikum.



19 November 2012

PEREMPUAN :)


PEREMPUAN ?

LUMRAHnyaa perempuan ni lebih lembut dan sopan. kalau bercinta selalunya nampak mcm perempuan yang yeye je kan. yang si lelaki nampak mcm tak amik port. buat bodoh je. tapi bila dengar je yg awek dia tu ada org usha ke, msg dgn lelaki lain ke mula lah jadi mcm cicak kena lastik kan?

sebenarnya jiwa perempuan ni lebih halus if compared to men. that's why lelaki kena lah pandai jaga bunga dia tu supaya taklah layu ataupun kena petik dgn org lain. time tu baru nak menyesal tak sudah kan? *gila jiwang dok aku malam ni* (hahaha! almaklumlah kat cc ni lepak dgn si baby ciput sojuk2 dlm aircond, so kenalah jiwang sikit an :p)

so, apa yang perempuan mahukan dari seorang insan bergelar ADAM?
mari kita mula mengulangkaji malam ni. Pelajaran pertama ialah:

1) Pendengar yang setia

pendengar yg setia tu maknanya kadang2 datang mood perempuan ni nak membebel, dia akan cakap je apa yg dia suka. padahal dia tak maksudkan pun yg dia cakap tu. so, korang ( LELAKI ) dengarlah bebelah tu. tapi jangan lah sampai tertelan batu pun korang dok dengar kan. cuma kadang2 tu interrup lah sikit conversation tu. perempuan dengan bebel tu ibarat air dengan cawan u oll. tak boleh pisah. hiks!

2) Mahukan seorang lelaki yang boleh memimpin

lelaki yang boleh memimpin adalah lelaki yang sentiasa dicari oleh kaum hawa. sebab apa? sebab perempuan kadang2 jalan dalan gelap pun boleh tersungkur. so, bila ada yg memimpin dia, alhamdulillah. inshaallah hubungan tu akan lebih bermakna. lagi2 kalau adam tu yang boleh membimbing hawa ke jalan yang diredhai Allah swt. lagi sweet kan. solat pun berimamkan suami sebagai pelindung, dengan harapan ada org yang boleh menjaga kaum wanita sebab kami kan kaum yang lemah :p

Wanita mahukan lelaki yang boleh memimpin mereka untuk berjaya dalam hidup. Jika anda bersikap seperti seorang lelaki, sudah pasti anda akan berjaya menarik ramai peminat wanita. Mereka tidak mahu membuat hubungan dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai sifat- sifat seorang lelaki. Seperti lelaki, mereka mahukan wanita yang lemah lembut, begitu juga seorang perempuan yang mahukan seorang lelaki yang gaha perkasa. (sumber encik google)



3) Tahu menghargai pasangan

korangg, perempuan tak mintak pun korang belikan handbag GUCCI ke, COUCH ke, makeup yang mahai2 bagai tu ataupun kasut JIMMY CHOO ke. cuma apa yang kami inginkan adalah secebis kasih syg yang ikhlas untuk kami rasa dihargai. itu aje pun. bukan susah kan. free je pun nak tunjukkan rasa kasih dan syg tu. *cewahhh* .

tapi itu pun kadang3 lelaki failed nak bagi. then bila ada org lain yg sibuk2 amik tahu pasal awek die, tahu pulak nak marah, nak jeles bagai kan? dah kau tak reti nak jaga, tak salah kot org lain amik berat kan. betul tak perempuann? so, hargai jelah apa perempuan usahakan untuk korang supaya korang sama2 menjalani hubungan yang lebih berkat. inshaallah :)

so, setakat ni jelah apa yg aku larat nak bebel malam ni sebab gua pun hati tgh sentap ni. so, nak chaw dulu pergi mencari kasih syg. hahahha!

gamba yang last ni saje je konon2 I DON'T NEED LOVE. hahaha! poyosss*