TAK FAHAM "SMS"
Pernah tak korang bagi SMS kat membe2 then SMS korang tu disalah tafsir . Maksudnya macam nada bacaan si penerima SMS tu berlainan dr apa yg korang cuba sampaikan tu . Kalau dulu time study , sebagai student Mass Communication kitorang belajar Stages of Messaging . Disini aku bg contohnya eh :
Sender -> Message -> Noise -> Receiver -> Feedback
Noise kat situ bermaksud gangguan . Gangguan dari segi nada , intonasi , pemahaman dan juga penyampaian kita sebagai penghantar mesej kepada si penerima .
Pemerima yg membaca SMS tu kadang2 tak faham maksud mesej yg kita sampaikan tu . Contohnya kita bg msg :
Penghantar : Balik kerja nanti kita lepak kat Restoran Mamak oke .
Penerima : Ok . Aku sampai nanti aku msg kau ye .
Lepas sejam macam tu ,
Penerima : Weh , aku dah sampai Restoran Mamak , kau kat mana ?
Penghantar : Lah , dah sampai ? kan aku ckp balik kerja nanti .
Penerima : Iye lah . Aku dah balik kerja lah ni . Kau ?
Penghantar : Alaa kau ni , bukan kau balik kerja . Aku lah yg balik nanti aku lepak lah . Dalam pukul 10 mlm mcm tu .
Penerima : Lah , aku igt aku balik kerja terus lepak .
Penghantar : &*#$?
* Maksud yg menghantar msg tu lps dia balik kerja . Yg penerima msg tu igtkan bila dia dah balik kerja . Yelah kan waktu balik kerja tak sama so jadi lah misscommunication kat situ .
Jadinya , lagi senang kalau kita terus call je . Nak buat video call lagi bagus . Hehehhe . Supaya apa yg kita nak sampaikan tu difahami oleh penerima msg tu . Bukan mahal pun call sekarang kan . Susah2 je nak SMS bagai . Tu yg susah bila SMS kita disalah tafsir oleh penerima SMS tu .
Setakat SMS mcm ni takpe la lagi , bolehlah jugak rakan awak tu balik rumah dulu mandi2 tunggu sampai awak balik , then keluar lepak . Kalaulah dalam situasi tgh bergaduh ke dlm SMS , tak ke naya bila kita bg msg biasa2 je takde pun nak marah2 . Tapi rakan yg menerima SMS tu baca msg kita dgn nada dan intonasi berlainan . Haa menjawab lah korangg ye tak .


